PERTAHANAN Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar menzahirkan penghargaan kepada Kim Pan-gon kerana memberi ruang kepadanya bermain di penghujung babak kedua aksi bertemu Tajikistan pada perlawanan akhir.

Jelasnya, debut  bersama skuad kebangsaan tersebut merupakan suatu pengalaman berharga bagi dirinya meskipun beraksi hanya untuk sepuluh minit terakhir saingan.

Selain itu, Sharul Nazeem juga akui pasukan kebangsaan telah memberikan segala-galanya namun rezeki tidak berpihak kepada pasukan kebangsaan dan terpaksa menghampakan rakyat  Malaysia.

“Saya hendak berterima kasih kepada keluarga saya dan kawan-kawan yang selalu mendoakan saya dan saya hendak berterima kasih kepada jurulatih Kim Pan-gon kerana beri peluang untuk saya bermain kali pertama.

“Walaupun hanya 10 minit saya main, tetapi sangat berharga untuk saya main untuk Malaysia. Saya sangat gembira.

“Kalau diberi pilihan atau panggilan seterusnya, saya akan buat yang terbaik untuk merebut posisi.

“Saya hendak berterima kasih kepada penyokong Malaysia. Kami sudah cuba yang terbaik tetapi rezeki bukan milik kami,” katanya ketika ditemui media selepas tamat perlawanan.