BENUA Amerika Selatan sudah lama tidak memenangi Piala Dunia. Kaka berharap Brazil atau Argentina dapat menamatkan penantian di Piala Dunia 2022.
Negara Amerika Selatan terakhir memenangi Piala Dunia ialah pada 2002 atau 20 tahun lalu. Brazil yang turut diperkuatkan Kaka muncul juara selepas menewaskan Jerman pada perlawanan akhir.
Selepas itu, empat edisi Piala Dunia dikuasai oleh negara Eropah. Itali, Sepanyol, Jerman dan Perancis telah memenangi Piala Dunia berturut-turut selepas Brazil pada 2002.
Kaka menilai Argentina dan Brazil mempunyai peluang cerah untuk memenangi Piala Dunia 2022 dan menamatkan penantian negara Amerika Selatan itu.
“Saya harap begitu, tetapi bola sepak Eropah sangat bagus. Kami juga mempunyai masalah dan dengan Liga Negara-Negara UEFA kami tidak lagi boleh bermain perlawanan persahabatan menentang pasukan besar Eropah dan itu menjadikan kami kurang kompetitif kerana di Amerika Selatan, Brazil menang hampir setiap perlawanan.
“Ia menyukarkan pasukan kebangsaan untuk berkembang, walaupun benar bahawa kedua-dua pasukan bermain dengan sangat baik di Piala Dunia dan mempunyai pemain yang hebat.
“Saya sangat menyukai pasukan Argentina mereka sangat matang dan mempunyai jurulatih yang hebat. Pendek kata, kedua-dua pasukan iaitu Brazil dan Argentina mempunyai peluang besar untuk memenangi Piala Dunia ini,” kata Kaka kepada Marca.