FORMAT perlawanan Kejuaraan Ragbi Asia Lelaki 2022 melibatkan Malaysia, Korea dan Hong Kong serta wakil daripada badan induk Ragbi Dunia telah ditetapkan.
Mesyuarat mesyuarat secara atas pada Khamis menetapkan Malaysia akan menghadapi pasukan Korea pada 4 Jun 2022 dan sekiranya pasukan ragbi negara muncul sebagai pemenang perlawanan, akan bertemu Hong Kong pada 9 Julai depan.
Perlawanan ini akan menentukan pasukan mana yang melayakkan diri bagi perlawanan repecharge menentang Tonga pada 23 Julai 2022 di Australia.
Manakala sekiranya pasukan Korea memenangi perlawanan tersebut, aksi berdepan Hong Kong adalah pada 8 Julai 2022 bagi menentukan pasukan yang layak ke pusingan repecharge.
Sementara itu, pasukan Ragbi Bungaraya 15s dijangka akan memulakan kem latihan pusat pada 8 Mei di Majlis Sukan Negara.
Seramai 30 pemain akan terlibat dalam kem ini di bawah kendalian Ketua Jurulatih Kebangsaan, Rodney So’oialo.