SEORANG pemain liga amatur Simpang Belia FC, Muhammad Nurhakim Hairuddin terlibat dalam kemalangan jalan raya dan berada dalam keadaan separuh sedar.

Berita itu dimaklumkan oleh kelab berkenaan dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook hari ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang pemain Simpang Belia FC, Hakim @ Hai-O telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Simpang, Taiping.

“Kecederaan yang dialaminya ialah patah keting kaki disebelah kanan dan mengikut kepada ujian laporan X-ray, dia mengalami pendarahan di dalam kepala.

“Keadaan sekarang separuh sedar dengan bantuan ubat untuk tujuan direhatkan.

Get well soon ‘Tanker‘,” katanya.

Sama-samalah kita mendoakan semoga Hai-O sihat seperti sediakala dan dapat beraksi semula.

“Insya Allah dengan doa-doa kalian dapat memberi kekuatan dan semangat untuknya,” katanya lagi.

Untuk makluman, kelab diwakili Nurhakim sedang beraksi dalam Liga Divisyen 1 di Taiping.