TERENGGANU FC (TFC) mengesahkan tiket ke pusingan kedua Piala FA selepas mengalahkan Negeri Sembilan FC 2-1 pada pertemuan penuh rancak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Jumaat.

Herold Goulon terjaring gol sendiri minit ke-28 untuk meletakkan TFC di depan namun kesilapan itu segera dipadamkan oleh Omid Nazari yang menanduk masuk m-35 hasil hantaran lintang.

Tuah rumah kembali mendahului dengan rembatan cantik dalam kotak penalti Faisal Abdul Halim m-38 dan kedudukan kekal sehinggalah tamat perlawanan.

Kemenangan itu memastikan skuad bimbingan Nafuzi Zain akan bertemu juara bertahan, Kedah Darul Aman FC di pusingan kedua nanti.

Kali terakhir skuad Peteh Ganu Peteh bergelar juara adalah pada tahun 2011.