WAKIL perseorangan wanita Serdang Badminton Club (BC), Thet Htar Thuzar dari Myanmar melakar kejutan menewaskan pemain pilihan dari Malaysia, Sonia Cheah Su-Ya apabila menang tipis dalam pertarungan lima set 9-11, 11-8, 10-11,11-3, 6-11.
Biarpun berjaya melakar kejutan, pemain tersebut dipaksa berhempas pulas di tambah setelah mengalami kecederaan di bahagian kakinya.
Jelasnya, dia lebih gemar kiraan mata 21 berbanding format yang ditetapkan Purple League dengan kiraan hanya 11 mata memaksa setiap mata sangat berharga bagi menentukan nasib ke pusingan seterusnya.
Berbekalkan momentum kemenangan, dia yakin mampu beraksi baik dalam perlawanan seterusnya ketika menentang Sena Bangkok Club dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan B.
“Ia agak sukar bagi saya kerana saya mengalami sedikit kecederaan di bahagian kaki saya tetapi saya mampu mengatasi Sonia, jadi saya berbangga dengan keputusan itu.
“Sebenarnya, ia agak sukar dari kiraan 21 mata, jadi saya lebih gemar kiraan mata 21 berbanding 11 mata.
“Saya pasti sangat yakin untuk perlawanan seterusnya kerana saya tidak pernah bermain dengan 11 mata untuk tempoh masa yang lama. Untuk perlawanan seterusnya, saya harap dapat berikan persembahan yang terbaik.
“Blister saya hanya kecederaan yang tidak serius dan saya yakin dapat beraksi dengan baik pada perlawanan seterusnya,” katanya ketika ditemui media dalam aksi yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.