PERSATUAN Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menzahirkan ucapan takziah buat mangsa yang terkorban di Stadium Kanjuruhan, Malang pada Sabtu.
Seramai 127 orang maut dalam rusuhan semasa hadir menyaksikan perlawanan Jatim Derby antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.
“Ucapan takziah sedalam-dalamnya atas insiden yang menimpa pencinta bola sepak tanah air di Stadium Kanjuruhan, Malang.
“Semoga arwah dan yang dituju mendapat tempat yang terbaik di sisi-Nya dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan,” demikian ciapan PSSI di Twitter.
Turut berduka cita atas kejadian yang menimpa pecinta sepak bola Tanah Air di Stadion Kanjuruhan, Malang.
Semoga almarhum dan alamarhumah mendapatkan tempat terbaik di sisi-Nya dan keluarga yang ditinggal dapat diberi ketabahan.#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/rh52ZkfVzt
— PSSI (@PSSI) October 1, 2022
Sementara itu, PSSI akan menjalankan siasatan mendalam berhubung kejadian itu dan menghantar pasukan penyiasat ke Malang untuk segera mengetahui punca sebenar.
Kekecohan dilaporkan merebak ke luar stadium yang membuatkan keadaan di kota Malang tegang. Malah pasukan Persebaya sudah lama terperangkap di stadium sebelum dihantar pulang menggunakan pacuan empat roda pihak keselamatan.
Malah menurut laporan terkini, terdapat berpuluh-puluh kematian. Tragedi ini jelas sekali lagi melanda bola sepak Indonesia, yang cuba pulih selepas pandemik COVID-19.
PSSI juga masih menunggu laporan rasmi daripada pegawai perlawanan berhubung kekecohan itu.
”Kami masih menunggu laporan rasmi daripada penyelia perlawanan dan sudah tentu laporan daripada Polis. Bagaimanapun, daripada rakaman video di media sosial yang tersebar di merata tempat, kelihatan kekecohan berlaku selepas pengadil meniupkan wisel panjang. Sekali lagi kita masih menunggu laporan sama ada ada mangsa atau tidak,” kata Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi, dalam kenyataan rasminya.
Yunus memastikan jawatankuasa perlawanan akan dikenakan hukuman berat sekiranya rusuhan itu terbukti di atas padang. Selain denda, mereka juga tidak boleh menganjurkan beberapa perlawanan.
”PSSI mengutuk sekeras-kerasnya rusuhan ini. Namun, sekali lagi kita tidak boleh membuat kesimpulan apa-apa. Bagaimanapun, sekatan keras akan menimpa Arema jika semuanya terbukti. Pasukan penyiasat PSSI akan berlepas ke Malang tidak lama lagi,” kata Yunus.