PEMAIN ke-12 Johor Darul Ta’zim, Boys of Straits (BOS) menunjukkan tiada permusuhan dalam dunia bola sepak apabila turut sama bersolidariti mengenang mangsa Tragedi Kanjuruhan di Malang, Indonesia.

BOS menempah kalungan bunga yang diletakkan di hadapan Stadium Kanjuruhan yang menyaksikan antara tragedi terbesar dalam dunia bola sepak apabila lebih 150 orang menjadi korban akibat bersesak-sesak pada 1 Oktober 2022.

Kalungan bunga yang bertulis “Kami Bersama Kalian, Sedalam Dalam Duka Cita & Semoga Kuat Kita Menghadapi Bersama, Boys of Straits, Johor Darul Ta’zim itu sudah cukup menggambarkan kesedihan yang dirasai penyokong yang sentiasa hadir ke stadium itu.

 

Selain Boys of Straits yang menempah kalungan bunga, kesemua kelab dan pengelola liga Malaysia turut sama memuat naik hantaran belasungkawa kepada Arema Malang dan Indonesia bagi berkongsi kesedihan.

Tragedi itu juga membuka mata penyedia fasiliti stadium tempatan untuk lebih bersedia dan meningkat kawalan keselamatan stadium masing-masing bagi memastikan tragedi seperti itu tidak berlaku di Malaysia.

One minute silence dari kedua-dua pasukan.

Dunia bola sepak turut berduka cita dengan melakukan tafakur selama satu minit bagi menghormati mangsa yang terkorban termasuk ketika perlawanan antara Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Ta’zim di Stadium Darul Aman pada Selasa.

Ini membuktikan tiada musuh dalam bola sepak tetapi hanya perseteruan dalam padang selama 90 minit aksi dan tanda hormat antara satu kelab penyokong dengan kelab penyokong yang lain.