Oleh : MOHD FARIQ

DAH layak ke Piala Asia pun masih ada sebilangan kecil penyokong yang perangai jelek!

Geram tetapi itulah realitinya apabila masih ada orang yang suka menggunakan ejekan bersentimenkan perkauman.

Semalam pemain Terengganu FC, Pape Abdoulaye Diakite menerusi entri laman sosial bahawa beliau telah menjadi mangsa perkauman selepas mencatatkan kemenangan ke atas Melaka United di Stadium Hang Jebat.

Ramai yang telah memberikan respons pantas termasuk Melaka United sendiri memberikan permohonan maaf di atas kelakuan penyokong mereka yang menghina pemain import Sang Penyu berunsurkan perkauman.

Susah sangat ke untuk menerima kekalahan sehingga sanggup menghina fizikal seseorang semata-mata untuk kepuasan diri?

Sikap perkauman ini tidak sesekali pernah mendapat tempat istimewa bukan sahaja di dalam bola sepak tetapi khusus dalam masyarakat Malaysia sendiri.

Namun pada 29 September lalu, Tinjauan Diskriminasi Kaum’ oleh Index Mun menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tangga kedua negara rasis di dunia dengan purata 6.32.

Ini agak merisaukan penulis di mana Malaysia yang sendiri berdiri pelbagai bangsa telah menjalani kehidupan harmoni sebelum ini tetapi lama kelamaan budaya menghormati sesama kaum tampak kian pudar.

Apa yang pasti sikap perkauman bukan lagi menjadi fatamorgana di mana secara realitnya ia akan menjadi lebih buruk jika tiada mana-mana pihak membendung perbuatan yang tidak bermoral ini.

Janganlah sesekali cuba menjadi agenda yang salah di mana menerima kekalahan merupakan salah satu semangat kesukanan tinggi yang sepatut menjadi amalan kepada semua.

Sudah menjadi adat pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang di mana kita sebagai penyokong harus menunjukkan sikap yang lebih matang supaya menjadi contoh serta tauladan yang baik kepada generasi muda.

Akhir kata daripada penulis, attention now is the currency of modern world and don’t ever ever let them destroy you.

Bola sepak menyatukan kaum!