BIARPUN bergelut dengan faktor angin yang jelas menjadi duri dalam daging kepada kebanyakan pemain di gelanggang Arena Of Stars, Goh Jin Wei yang mewakili Ampang Jaya BC berjaya mengejutkan lawan dari Puchong United BC, Sonia Cheah Su Ya dengan keputusan 11-6, 5-11, 3-11,, 11-7 11-9.

Jelasnya, sokongan dari keluarga dan rakan sepasukan jelas menjadi sesuatu suntikan semangat buat dirinya membalas dendam kekalahan pada 2019 kepada lawan sama.

Baharu pulih daripada masalah kecederaan, Jin Wei dilihat tetap mempamerkan semangat juang yang tinggi meskipun sedar persiapan dan mentaliti lawan berada pada tahap optimum.

Mengulas komen netizen di media sosial, dia menyifatkan bahawa hantaran yang dibuat adalah bersifat peribadi dan dia hanya gemar memuat naik kiriman di laman sosial tanpa membaca komen daripada masyarakat.

“Banyak sokongan, rakan-rakan, keluarga, jurulatih telah beri nasihat dari segi mental dan kewangan.

“Perkembangan saya, saya harus biasakan diri saya. Tidak boleh buat apa-apa. Tiada yang mustahil, jadi kena biasakan. Hidup perlu diteruskan. Saya rasa saya mampu menghadapinya.

“Secara jujur, kadang-kadang saya membuat hantaran di media sosial tetapi saya hanya hantar tetapi tidak melihat komen balas yang diberikan,”ujarnya kepada media selepas tamat perlawanan di Arena of Stars, Genting Highland pada Sabtu.