FOTO : KDA FC
NEGERI Sembilan FC (NSFC) terus menghangatkan perebutan perebutan slot ke Asia selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 4-3 aksi tertunda Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.
Matheus Alves meletakkan Negeri Sembilan di hadapan menerusi gol luar petak penalti m-25, namun KDA FC berjaya mengikat kedudukan hasil hantaran Fayadh Zulkifli disudahkan oleh Mahmoud Al-Mardi untuk gol penyamaan hujung masa tambahan babak pertama.
Gustavo Almeida segera meletakkan Negeri Sembilan kembali di hadapan sebaik permainan bersambung di babak kedua m-58 sebelum gol ketiga tuan rumah dijaringkan oleh Sean Selvaraj m-66 mengukuhkan kedudukan Jang.
Serangan bertali arus anak buah K Devan mengakibatkan gawang Sang Kenari bolos lagi, kali ini hasil jaringan peribadi kedua buat Gustavo Almeida m-70.
82' GOL | Sanrawat Dechmitr merapatkan kedudukan dengan gol pertamanya untuk skuad Sang Kenari!@nsfc1923 4-2 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/y9EuHloM59
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 8, 2022
Sanrawat Dechmitr cuba mengurangkan defisit jaringan dengan jaringan kaki kiri m-82 memperdaya Syihan Hazmi dan disusuli gol Marc Vales m-90 namun sudah terlewat mengekang barisan pemain dan penyokong Negeri Sembilan tersenyum lebar malam ini.
Ketika ini, NSFC berada di tempat keempat dalam kedudukan dengan 38 mata. Mereka berada satu mata di belakang Sabah FC yang berada di tangga kedua.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS20
Tujuh gol terhasil di Paroi malam ini!#LigaSuper2022 pic.twitter.com/dWbMbt8Xad
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 8, 2022