PENYERANG Malaysia Bawah-16, Muhammad Anjasmirza Saharudin menangis kerana pasukan negara boleh meraih kemenangan tetapi pada masa yang sama tetap menghormati perjuangan pasukan kebangsaan B-17 Indonesia.
Anjasmirza turut menyumbang satu gol ketika Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 5-1 pada perlawanan akhir Kumpulan B Kelayakan Asia B-17 2022 di Stadium Pakansari, Bogor, pada Ahad.
Dalam sesi sidang media itu, Anjasmirza tidak dapat menahan sebak kerana terharu. Dia berterima kasih kepada ibu bapanya kerana sentiasa menyokong kerjayanya.
“Saya berterima kasih kepada ayah dan ibu.
“Ini kemenangan kami tetapi kami tetap menghormati semua pemain pasukan kebangsaan Indonesia. Ini kemenangan kami,” kata Anjasmirza sambil menangis.
Man of The Match!
Penyerang, Anjasmirza Saharudin dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas 1️⃣ jaringannya malam tadi memastikan skuad Harimau Malaya B-16 merekodkan kemenangan 5-1 ke atas Indonesia sekali gus layak ke Piala Asia B-17 2023! #FAM #HarimauMalaya #AFCU17 pic.twitter.com/65xqm7nKuR
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 10, 2022
Anjasmirza mengakui gementar menentang Indonesia sebagai pasukan pilihan selepas berjaya menjuarai Piala AFF B-16 2022.
“Sudah pasti (teruja) berdepan Indonesia menjadi kebimbangan. Tetapi bola itu bulat dan Alhamdulillah kami dapat menang,” katanya.
Kemenangan besar ke atas Indonesia membawa Malaysia layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia B-17 tahun depan dengan status juara Kumpulan B dengan kutipan 10 mata.
Manakala Indonesia menduduki tempat kedua dengan sembilan mata. Keputusan negatif menentang Malaysia menyebabkan Indonesia juga tidak mampu bersaing dalam perlumbaan tiket menerusi laluan naib juara terbaik.