SKUAD sepak takraw wanita kebangsaan serius dalam menghadapi temasya Sukan SEA Vietnam yang bakal bermula pada 13 hingga 20 Mei 2022.
Dalam menyiapkan pasukan mantap, regu wanita kebangsaan telah menyertai Kejohanan Liga Ramadhan (1 state) anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT) pada 22, 23 April 2022 dan 29,30 April 2022.
“Satu penganjuran yang terbaik dalam memberikan sokongan terhadap pemangkin sukan sepak takraw negara.
“Terima kasih kepada MSNT dan PSNT yang telah memberikan peluang dan ruang kepada skuad wanita kebangsaan menyertai kejohanan.
“Ini sebagai salah satu persiapan perodisasi plan ke Sukan Sea 2021 di Hanoi, Vietnam yang akan bermula pada 13 hingga 20 Mei depan.
“Terbaik MSNT dan PSNT,” kata kenyataan dipetik dari Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM pada Ahad.
Regu Wanita Malaysia B yang diwakili oleh Nor Suhaida Jafri, Kamisah Khamis dan Razmah Anam bertemu GASTEP E di pusingan kedua pada Sabtu namun terpaksa akur kekalahan 1-2 (10-15, 16-14, 7-15).