APLIKASI penstriman  popular, Sooka yakin dapat mempopularkan bola tampar sekali gus mengangkat martabat sukan itu di kalangan rakyat Malaysia, sebaris sukan lain seperti bola sepak, badminton, sepak takraw dan bola jaring.

Ketua Perancangan Sooka, Emarina Kamal berkata, selepas melihat kehadiran memberangsangkan pada Kejohanan Liga Bola Tampar Malaysia 2022 Mac lalu, dia yakin populariti bola tampar dapat ditingkatkan sekali gus menanam minat dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja.

“Bola tampar dimainkan kepelbagaian kaum jadi peminatnya lebih ramai dan peluang mendapatkan pemain berkualiti tinggi untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan.

“Saya berpendapat, bola tampar kita perlu pergi lebih jauh,” katanya.

Emarina berkata, sambutan pelancaran pada Jumaat amat luar biasa dan pihaknya bercadang menganjurkan liga itu di venue lebih besar pada masa akan datang.

Sebanyak lapan pasukan bertanding, ATM Gladiatior, Shark Kuala Lumpur, Tiger Johor, Sarawak Hornbill, Mousedeer, Lion Selangor, Sabah Rhino dan kelab antarabangsa Amelia Indonesia.

Sooka menjadi penaja utama manakala Flash Sukan menjadi Rakan Media Digital kejohanan itu.