PASUKAN Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan berjaya menewaskan pasukan B-23 Filipina 2-0 pada aksi perlawanan persahabatan Tier-2 di Stadium UITM, Shah Alam, Isnin malam.

Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan gagal mencari sebarang gol.

Namun pada babak kedua penampil skuad Brad Maloney lebih baik apabila kapten pasukan, Nik Syahiran Nik Mat berjaya memecah kebuntuan dengan menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-53 meletakkan tuan rumah berada 1-0 di hadapan.

Rentak itu diteruskan pada minit ke-66 apabila Muhammad Faiz Amer Runnizar menanduk bola tepat menewaskan penjaga gol Filipina, Mangaong Enrique Marquell Alanon untuk mendahului kedudukan selesa 2-0.

Manakala, Filipina memiliki peluang terbaik menerusi pemain jersi No.5 Darapan Jermi Navarro dua minit sebelum tamat perlawanan namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol negara, Azri Ghani.

Skuad bawah 23 negara bakal berlepas ke Vietnam pada 4 Mei ini bagi mengharungi saingan Sukan SEA ke-31.