JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menghangatkan malam di Iskandar Puteri dengan berpesta apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dengan kemenangan ke-17 dalam Liga Super musim ini.
Malam pesta yang panjang di Stadium Sultan Ibrahim mengiringi kemenangan Harimau Selatan keatas Sabah FC 3-0 dengan Bergson Da Silva dan Arif Aiman menjadi pemusnah harapan Skuad Badak untuk layak ke Piala AFC 2023.
Kemenangan Terengganu FC ke atas Kedah Darul Aman FC di Alor Setar meletakkan skuad Peteh ditangga kedua sekaligus mendapatkan tiket ke pertandingan tier kedua kelab Asia itu.
Yet another unbeaten Malaysia Super League season… 2016, 2020 and now 2022!
Congratulations Johor Darul Ta'zim FC#thePioneersJDT#theNINTH#TripleHattrick#WinnersCircle#JDTFamily#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/4ZkCmUC7CN
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 15, 2022
Sabah yang turun tanpa beberapa tonggak utama akibat penggantungan dan kecederaan dilihat gagal menyerap asakan dan tekanan tinggi yang dilakukan JDT dengan Farizal Marlias langsung tidak diuji terutama pada babak pertama.
Permata baharu JDT, K.Daryl Sham melakukan debut di Liga Super bersama skuad senior apabila masuk menggantikan Syafiq Ahmad pada pertengahan babak kedua.
Keputusan 3-0 kekal hingga tamat perlawanan dan anak-anak buah Hector Bidoglio bergaya menjulang piala Liga Super kesembilan berturut-turut di hadapan lebih 34,000 penyokong yang juga piala ketiga Harimau Selatan musim ini.
Kekalahan ini juga menyaksikan Sabah terpaksa berpuas hati di tempat ketiga liga dan kini akan memfokuskan sasaran mereka kepada saingan Piala Malaysia bagi merebut satu lagi tiket ke Piala AFC 2023.