KETUA jurulatih skuad bola sepak bawah 23 kebangsaan, Brad Maloney memuji persembahan Muhammad Azri Ab Ghani yang beraksi ketika perlawanan persahabatan Tier 2 Bawah 23 Tahun (B-23) pada Ahad.

Azri yang menggantikan penjaga gol utama Sikh Izhan Nazrel berikutan kecederaan selepas bertembung dengan pemain lawan telah membuktikan dia bersedia dipanggil bila-bila masa sahaja.

Menurut Maloney, penjaga gol Kuala Lumpur City FC (KL City) itu merupakan seorang pemain yang memiliki karakter baik.

“Dia adalah seorang yang hebat, di dalam dan luar padang dan sebagai ketua.

“Saya yakin dia telah bermain dengan baik,” ujarnya Maloney.

Selain itu, Maloney turu mengucapkan penghargaan kepada pengendali KL City FC Bojan  Hodak, Standley Bernard (CEO KL City FC) serta pengurusan kelab tersebut kerana membenarkan Azri menyertai skuad B-23 Negara yang bakal beraksi pada Sukan SEA, Hanoi.

Azri menjadi pemain terakhir dibenarkan menyertai kem latihan negara pada Sabtu lalu.

Kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan ini sebagai persiapan bagi menghadapi Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam dari 6 hingga 22 Mei 2022 sebelum terbang ke Uzbekistan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 bermula 1 hingga 19 Jun 2022.