LEGENDA Cub Prix negara, Chia Tuck Cheong dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.
Mendiang yang lebih mesra dengan panggilan ‘Kolo’ merupakan antara pelumba yang mula mempelopori perlumbaan Cub Prix sejak ianya mula diperkenalkan.
Dia bukan sahaja pernah dinobat sebagai Juara Cub Prix malah pernah bergelar Juara Asia.
“Sumbangan dan jasa beliau dalam perkembangan sukan permotoran negara tidak dapat disangkal dan pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat kami dan sukan permotoran dua roda negara.
“Kami ingin merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga dan semua kenalan Chia Tuck Cheong.
“Kami akan sentiasa merindui anda Kolo! ,” kata kenyataan Malaysian Cub Prix menerusi Facebook.
Tiada pelumba yang sehebat Tuck Cheong sehingga kini yang berada pada satu tahap yang berbeza dengan pelumba lain.
Dia memenangi gelaran Expert pada musim 2001 dan pada masa yang sama dijulang selaku juara bagi kategori SuperSports 600cc dalam Kejuaraan Asia Road Racing.
Untuk rekod, Kolo memiliki dua gelaran Expert dan dua gelaran SuperSports 600cc.