KELAB gergasi Jerman, Borussia Dortmund akan menggunakan cuti Piala Dunia dengan melakukan Jelajah Asia Tenggara bersama-sama pemain yang tidak terlibat di Qatar bermula 21 November hingga 1 Disember 2022 dengan menguji kelab-kelab tempatan dari Singapura, Indonesia dan Vietnam
Untuk jelajah Singapura, BVB bakal diuji oleh kelab yang sedang meningkat naik, Lion City Sailors di Stadium Jalan Besar pada 24 November 2022 dan tiket untuk perlawanan ini sudah mula dijual.
Pengarah Urusan BVB, Carsten Cramer menjelaskan ini adalah peluang terbaik buat para pemain dan kelab untuk kembali menemui peminat di rantau ini selepas penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan keseluruhan kalendar sukan.
Don't miss the chance to catch eight-time German champions @BlackYellow as they take on the Sailors at the Jalan Besar Stadium on the 24th of November! Early Bird sales now on till 24th October.
Get your tickets now ➡️ https://t.co/qCKA80GVMh#allhandsondeck #lioncitysailors pic.twitter.com/xrCSWMKFzG
— lioncitysailorsfc (@lioncitysailors) October 17, 2022
“Selepas pelbagai sekatan ekoran penularan pandemik Covid-19, ianya sangat mengujakan bagi kami untuk kembali ke rantau ini untuk melawat penyokong dan rakan strategik sekali lagi.
“Kami sentiasa menerima sambutan yang menggalakkan di sini dan tidak sabar untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka atas sokongan dan juga kesabaran mereka,” katanya menerusi kenyataan di laman web rasmi BVB.
Pengarah Sukan BVB, Sebastian Kehl pula berkata jadual unik Piala Dunia tahun ini memberikan sedikit cabaran buat kelab namun ianya penting buat para pemain yang tidak menyertainya untuk kekal cergas dan berada pada tahap terbaik.
“Gangguan unik musim pada November dan Disember memberikan cabaran buat kelab dan kami akan gunakan jelajah ini untuk memastikan pemain yang tidak menyertai Piala Dunia untuk berada pada tahap terbaik. Ini termasuk pemain B-23 dan B-19 kami yang akan diberi peluang beraksi di tahap tertinggi bersama skuad senior,” katanya.
Sementara itu pengendali BVB, Edin Terzic tidak sabar untuk bertemu peminat Black & Yellow di Asia Tenggara kerana mahu sama-sama meraikan semangat yang ada terhadap kelab ini.
Lion City Sailors sudah tentu akan menggunakan kesempatan perlawanan ini untuk menimba pengalaman berharga bagi mereka gunakan sebagai persediaan menghadapi Liga Singapura dan juga Liga Juara-Juara AFC musim hadapan.
Sebagai rekod, ini adalah kali kedua BVB hadir ke Asia Tenggara selepas kali terakhir mereka mengadakan perlawanan persahabatan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin pada 2014 sebagai sebahagian usaha kerjasama antara kedua-dua kelab ketika itu.