KELAB Darul Ta’zim (JDT) bakal bertemu dengan satu lagi bekas juara Liga Juara-Juara AFC (ACL), Urawa Red Diamonds pada pusingan 16 terbaik yang dijadualkan di pada 18 atau 19 Ogos nanti.
Perlawanan yang akan diadakan secara kalah mati ini pastinya menarik kerana ini adalah kali pertama JDT layak ke peringkat ini dan sekali lagi akan berhadapan kelab Jepun.
Sebagai rekod, Urawa Red Diamonds adalah kelab Jepun kelima yang bakal ditentang oleh Harimau Selatan sejak melakukan penampilan dalam Liga Juara-Juara AFC.
Gamba Osaka, Kashima Antlers, Vissel Kobe dan Kawasaki Frontale sudah diuji dan kini giliran juara ACL 2017 pula akan melawat Stadium Sultan Ibrahim yang mungkin bakal memahat satu lagi sejarah baharu buat JDT.
Skuad kendalian Benjamin Mora mempunyai rekod yang seimbang apabila bertemu kelab Jepun dengan pernah mencatat satu kemenangan ke atas Kashima Antlers dan seri sekali dengan Kawasaki Frontale. Tiga lagi saingan berakhir dengan kekalahan.
Namun dengan persembahan cemerlang musim ini, tiada yang mustahil buat JDT yang dijangka mampu melakar kejutan sekali lagi.