PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menghadiri mesyuarat jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ke-11 bagi penggal 2019-2023 di AFC House di Bukit Jalil, pada Isnin.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al-Khalifa itu turut dihadiri Presiden FIFA, Gianni Infantino.

AFC turut mengesahkan Qatar sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.

Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon layak secara merit ke Piala Asia selepas tempoh 43 tahun, Jun lalu.

 

Lensa mesyuarat jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia