MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hadir meraikan perjumpaan keluarga atlet sempena Aidilfitri di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Isnin.

Menerusi perkongsian di Twitter MSN, kelihatan Ahmad Faizal beramah mesra para tetamu khususnya ahli keluarga atlet.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua. Istimewa buat para belia yang berkhidmat kepada kedua ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

“Semoga Ramadan yang dilalui diberkati dan Syawal disambut dengan penuh keinsafan. Silaturrahim terus dijaga, keharmonian antara agama dan kaum sentiasa diperkasa.

“Para atlet, jurulatih dan pegawai yang terus berjuang, berkorban demi nusa bangsa. Maaf zahir batin,” ciapannya dalam Twitter.

Terdahulu, beliau hadir pada jamuan hari raya bersama Kontinjen Malaysia yang bakal menyertai Sukan SEA 2021.