PERLUMBAAN MotoGP Malaysia 2022 di Litar Antarbangsa Sepang akan menjadi peluang pertama Francesco Bagnaia untuk menjadi juara dunia musim ini.

Kelebihan 14 mata Bagnaia ke atas Fabio Quartararo selepas MotoGP Australia 2022, hujung minggu lalu, menjadikan pelumba Ducati itu berpeluang menjadi juara dunia di Malaysia, hujung minggu ini.

Siri MotoGP Malaysia 2022 akan bermula pada hari Jumaat dengan latihan bebas (FP) pertama dijadual diadakan di Litar Sepang.

Perlumbaan MotoGP Malaysia pastinya akan menjadi tumpuan kerana ia merupakan peluang pertama Pecco Bagnaia untuk memenangi musim ini.

Pada masa ini, MotoGP 2022 berbaki dua siri terakhir iaitu MotoGP Malaysia dan MotoGP Sepanyol pada 6 November.

Ini bermakna kedua-dua siri perlumbaan ini amat penting terutama bagi pelumba yang berpeluang memenangi musim ini. Bagnaia kini mendahului kedudukan MotoGP 2022 dengan skor 233 mata.

Bagnaia 14 mata di depan Fabio Quartararo di tempat kedua dan 27 mata di depan Aleix Espargaro di tempat ketiga.

Dengan baki dua perlumbaan atau maksimum 50 mata yang boleh diambil, Bagnaia mempunyai peluang pertama untuk menjadi juara dunia dalam perlumbaan MotoGP Malaysia 2022.