BINTANG bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai pemain pertahanan untuk kelab Liga Malaysia Johor Darul Ta’zim, dan pasukan kebangsaan Harimau Malaya, Dion Cools baru-baru ini menerima kunjungan daripada peminat di Republik Czech.

Walaupun sibuk di padang dengan kelab diwakilinya, FK Jablonec Cools sedia meluangkan masanya bagi mendekati penyokong Malaysia yang menetap di sana.

Menurusi ciapan Twitter Embassy of Malaysia in Prague, sekelompok peminat yang hadir ke stadium tidak melepaskan peluang bergambar dengan pemain kacukan Malaysia-Belgium itu.