ROBERT Lewandowksi menegaskan dia masih ada dan tidak gentar dengan kehadiran generasi penyerang baharu termasuk pemain Manchester City, Erling Haaland.
Lewandowski diberikan amaran tentang kehadiran seorang ‘budak’ di Manchester City oleh Didier Drogba ketika menerima Trofi Gerd Muller di anugerah Ballon d’Or awards.
Sebagai respons, Lewandowski mengingatkan mereka tentang kekuatan dan kehebatannya menjaringkan gol dan memastikan kepada penyokong yang dia akan sentiasa cuba untuk menjaringkan gol dan mempertahankan anugerah penjaring terbanyak ini untuk musim hadapan.
Robert Lewandowski wins the Gerd Müller Award! The best striker of the year! 🎯
Congrats @lewy_official! #trophéeGerdMuller #ballondor pic.twitter.com/H3FolGSQaH
— Ballon d'Or #ballondor (@francefootball) October 17, 2022
“Musim masih panjang dan bagi saya ini juga adalah babak baharu saya di Barcelona. Saya merasakan yang terbaik sejak hari pertama saya di kelab itu. Dari awal saya lihat saya dan teman sepasukan mempunyai potensi yang besar dan saya mampu menjaringkan banyak gol. Saya yakin kami mampu bekerjasama untuk mencapai misi ini.
“Inilah bola sepak dan kita harus sentiasa bersedia. Saya sedar akan kehadiran penyerang generasi baharu tetapi saya masih di sini,” katanya yang sudah menjaringkan sembilan gol dari sembilan penampilan di Barcelona.
Kapten Poland itu juga bercakap mengenai betapa penting buatnya untuk memenangi trofi Gerd Muller ini kerana bekas penyerang Jerman itu adalah inspirasi buatnya untuk menjadi penyerang terbaik.
“Saya sangat gembira dan bangga bukan sahaja untuk memenangi trofi ini tetapi kerana nama yang diberikan ke atas trofi ini. Gerd adalah inspirasi buat saya. Sebelum musim bermula saya sentiasa mahu rapat dengannya dan saya cuba memecahkan beberapa rekodnya dan ianya cabaran yang cukup besar.
“Ianya sungguh emosi untuk menjaringkan 41 gol dalam Bundesliga kerana saya tidak terfikir mampu memecahkan rekodnya dan apa yang saya lakukan adalah untuknya,” tambah bekas penyerang Bayern Munich itu.
Sejak menyertai Bayern Munich dari Borussia Dortmund pada 2014, Lewandowski menjadi mesin gol buat juara Jerman itu selepas menjaringkan 238 gol dari 253 penampilan dan memenangi 19 piala termasuk Liga Juara-Juara UEFA pada musim 2019-2020.