STEVEN Gerrard telah dipecat oleh Aston Villa selepas kekalahan memalukan 3-0 keatas Fulham hanya selepas 11 bulan dilantik mengendalikan kelab itu.

Bekas kapten England itu dilantik sebagai pengurus menggantikan Dean Smith di Villa Park dan kini Villa sedang mensasarkan untuk mendapatkan khidmat bekas pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino dengan kedua-dua pihak dikatakan sudah pun memulakan perbincangan.

Para penyokong sudah lama tidak menyokong Gerrard dan mula mencacinya ketika tewas di Craven Cottage dihadapan pemilik dan pengurusan Villa yang berada di ‘corporate box’.

“Kelab Bola Sepak Aston Villa mengesahkan bahawa Ketua Jurulatih, Steven Gerrard telah meninggalkan kelab secara serta merta. Kami ingin berterima kasih kepada Steven atas kerja keras serta komitmennya dan kami mengucapkan selamat maju jaya buatnya di masa hadapan,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web rasmi kelab.

Gerrard menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun bernilai £5.5 juta setiap musim tetapi meskipun berjaya memenangi empat daripada enam perlawanan pertamanya, ianya gagal menjadi musim yang baik buat Villa apabila hanya mengumpul 32 mata dari 31 perlawanan.

Mereka mempunyai jumlah perpindahan bernilai £52 juta musim panas lalu tetapi hanya berjaya menghindari zon relegasi dengan hanya perbezaan jaringan, sesuatu yang diluar idea pemilik bilionair, Nassef Sawiris dan Wes Edens yang mengambil alih kelab tiga tahun lalu.

“Ianya sukar, saya seorang lelaki dan saya terima keputusan ini. Saya sedar kekecewaan penyokong dan saya turut kecewa. Ianya adalah malam yang sukar buat saya secara peribadi. Kita akan lihat apa yang terjadi.

“Saya adalah seorang pejuang dan tidak akan mengalah sama ada dalam bola sepak mahupun kehidupan saya,” kata Gerrard yang seakan sudah mengetahui nasibnya sebelum perlawanan lagi.

Sama ada Pochettino atau Tuchel akan disediakan untuk mengambil alih untuk membawa kelab keluar dari risiko relegasi dengan Villa kini mensasarkan pengurus yang lebih bagus dan akan menyokong pengurus baharu ini dengan dana yang mencukupi.

Perlawanan seterusnya buat Villa adalah menentang Brentford di laman sendiri dan masih belum jelas siapa bakal menjadi jurulatih dengan kemungkinan Gary McAllister bakal mengambil alih buat sementara waktu.