MANCHESTER United meraih tiga mata selepas menundukkan Brentford 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris lewat pagi Selasa.
Bruno Fernandes memimpin permainan gol seawal minit ke-9 disusuli sepakan penalti disempurnakan oleh Cristiano Ronaldo m-62.
Raphael Varane menjaringkan gol pertama kali untuk Manchester United sepanjang karier di m-72.
Kemenangan dilakar The Red Devils pada perlawanan ke-36 liga menghidupkan kembali peluang bagi merebut slot Liga Europa musim depan.