HARI pertama Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) menyaksikan banyak gol diledakkan di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.
Malangnya, dalam kebanyakan gol itu hanya dua dihasilkan skuad remaja kebangsaan yang bakal menggalas cabaran ke Piala Dunia Remaja tahun hadapan.
Beraksi pada perlawanan terakhir hari pertama, pemain bimbingan Muhammad Amin Rahim agak gugup apabila dua kali dibolosi pada suku pertama permainan, membolehkan India mendahului 2-0 menerusi jaringan padang Amandeep pada minit keenam dan pukulan sudut penalty Araijeet Sing Hundai pada minit ke-10.
Bersambung suku kedua, Young Tigers cuba menjelmakan kebangkitan dan gerakan dari bawah berhasil apabila Shahmie Irfan Suhaimi Berjaya membolosi gawang India menerusi jaringan padang pada minit ke13.
Namun kebangkitan skuad negara terus dipadam India yang meledak dua lagi pada minit ke 20 dan 21, hasil jaringan padang Boby Singh Dhami dan Sudeep Chirmaki, menjadikan kkedudukan 4-1.
Bersambung suku ketiga, pemain negara mula mendapat rentak dan lebih kompak apabila berjaya mempertahankan kawasan pertahanan dari dibolosi lagi.
Bersambung suku keempat, Gerakan serangan lebih lancer hingga Muhammad Amirul Hanif Mamat Berjaya menyudahkan pukulan sudut penalty pada minti ke-52, sebelum pemain India Sharda Nand Tiwari membalasnya pada minit ke-56.
Tamat perlawanan, Malaysia tewas 2-5 kepada India.
Terdahulu, Great Britain turut berpesta apabila meledak empat gol ketika berdepan Afrika Selatan.
Skuad yang terkenal dengan ketahanan fizikal itu menang 4-1.
Kookaburras pula sekadar menang tipis ke ats Jepun 3-2 pada perlawanan pertama.
Mungkin Australia belum biasa dengan bahang kepanasan di selatan tanah air.