JARINGAN lewat Carlos Henrique Casemiro menyelamatkan Manchester United daripada dimalukan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung sengit di Stamford Bridge.
Sebelum itu, perlawanan terlebih dahulu menjadi milik Chelsea apabila Jorginho berjaya meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke 87.
United pula, dengan ketiadaan Ronaldo di dalam skuad ekoran masalah disiplin jelas memperlihatkan ketandusan peledak semula jadi di bahagian hadapan.
Namun, dari sudut serangan nyata percaturan Erik ten Hag lebih menjadi dengan sumbangan diberikan Marcus Rashford dan Anthony Martial di bahagian hadapan.
First Manchester United goal for Casemiro ✅ pic.twitter.com/YgoDwbqN7s
— B/R Football (@brfootball) October 22, 2022
Pujian juga harus diberikan kepada penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga kerana berjaya menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya Red Devils.
Pun begitu, nasib agak menyebelahi Graham Potter untuk meneruskan rekod tanpa kalah meskipun pada realitinya masih banyak aspek yang perlu diperbetulkan terutama di bahagian tengah yang dilihat hilang idea untuk melakukan hantaran.
Kedudukan tersebut meletakkan Chelsea berada pada kedudukan keempat liga dengan 21 mata manakala Manchester United di kedudukan kelima dengan 20 mata.