KETUA Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman (KDA) FC, Khamal Idris Ali masih enggan mengulas lanjut perkembangan terkini Nafuzi Zain yang terus menjadi bualan netizen bakal mengendalikan kelab itu musim depan.

Sebaliknya, dia meminta semua pihak bertenang dan segalanya akan dimuktamadkan apabila tiba waktu yang sesuai.

“Untuk waktu ini kita tak nak kata apa. Biarlah benda ini apabila sampai waktunya kita akan maklum.

“Kita nak hormatinya (miliki kontrak bersama Terengganu FC,” katanya.

Desas desus pengendali Sang Penyu itu bertiup kencang selepas jurulatih terdahulu, Aidil Sharin Sahak tidak lagi bersama Hijau Kuning menjelang kempen TM Piala Malaysia bermula Rabu ini.

Cabaran Sang Kenari kini dikendalikan oleh jurulatih interim, Victor Andrag.