AUSTRALIA meneruskan kempen Piala Sultan Johor dengan kemenangan ketiga, sekali gus menduduki kedudukan teratas liga sepusingan, dalam aksi Piala Sultan Johor.
Berdepan Great Britain sebentar ta di, Kookaburras tidak diberi laluan namun kebijaksanaan penjaga golnya mengagak cubaan pasukan lawan yang memperoleh 10 pukulan sudut penalti, menjadi antara punca kemenangan hari ini.
Begitupun Asutralia di depan seawall minit pertama apabila Cooper Burns menjaringkan gol padang mengejutkan Great Britain.
Dua lagi gol Australia, masing-masing dijaringkan Joshua Brooks (penalty strok) minit ke-26 dan Liam Hart (gol padang) minig ke-47.
Gol tunggal Great Britain pula dijaringkan Ellis Robson menerusi gol padang minit ke-17.
Pada perlawanan itu menyaksikan ketua jurulatih skuad remaja Australia Jay Jason Stacy menggunakan keempat-empat kali pertukaran penjaga gol, dan kerap menukar kombinasi pemain.
“Saya gembira dengan kemenangan ini tapi kurang berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan kerana proses membuat keputusan ketika pemain mendapat bola agak lambat.
“Ya saya melakukan empat kali pertukaran penjaga gol kerana saya mahu mereka merasai tekanan dan setiap suku permainan, malah saya kerap mencuba kombinasi rangkaian pemain tengah dan penyerang yang berbeza-beza dalam perlawnan ini.
“Saya tidak menolak melakukan perkara sama ketika berdepan India esok,” katanya.
Hasil kemenangan itu, Australia kini di kedudukan teratas liga dengan Sembilan mata manakala Great Britain kini mengumpul tiga mata hasil satu kemenangan dan dua kali tewas.