BAGI penyokong-penyokong setia skuad Sang Penyu pastinya masih tertunggu-tunggu ‘ending’ haluan Ketua Jurulatih Terengganu FC Nafuzi Zain yang ditawarkan kontrak sambungan musim hadapan.
Bagaimanapun reaksi tenang pegendali berusia 43 tahun itu yang mahu memberi fokus kepada saingan Piala Malaysia yang bakal membuka tirainya pada Rabu.
Malah Nafuzi mengakui dia belum menerima dokumen kontrak lanjutan tersebut.
“Saya tidak cakap bersetuju atau tidak kerana masih menunggu tawaran saya. Fokus Piala Malaysia dulu. Saya rasa ini peluang terbaik tahun untuk meneruskan kecemerlangan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi yang memberi kepercayaan kepada saya serta buat penyokong yang dari dulu lagi menyokong saya.
“Bukan saya yang mencapai KPI. Tetapi usaha pemain yang buatkan saya capai KPI, yang sukar dan semuanya daripada pemain dan juga penyokong,”jelasnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai insentif atau tawaran yang lebih baik berbanding kontrak terdahulu, Nafuzi memberitahu itu adalah keputusan di pihak pengurusan.
“Sekiranya memahami situasi perlu memahami apa yang telah para pemain usahakan,” jawabnya ringkas.
Pada pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFC hari ini, pihak pengurusan bersetuju menawarkan kontrak sambungan setahun kepada Nafuzi dan tempoh 14 hari untuk memberi jawapan.