PENJAGA gol Manchester United David de Gea dilaporkan tidak disenaraikan dalam skuad awal 55 pemain Sepanyol untuk Piala Dunia Qatar yang bakal bermula Disember ini.
Pengendali Sepanyol telah menghantar senarai awal nama pemain yang akan menggalas tugas di Piala Dunia sebelum memilih 26 pemain yang akan dibawa ke Qatar.
Meskipun menyenaraikan skuad yang besar namun nama De Gea tetap tidak terpilih berbeza dengan tiga lagi penjaga gol Sepanyol yang bermain di Liga Perdana Inggeris.
David de Gea 'will NOT go to the Qatar World Cup after being excluded from Spain's 55-man provisional squad' https://t.co/sBnKtECMa2
— MailOnline Sport (@MailSport) October 28, 2022
Tiga penjaga gol yang dijangka bersama-sama pasukan ke Qatar adalah pemain Athletic Bilbao Unai Simón, penjaga gol Brighton Robert Sánchez dan penjaga gol Brentford David Raya.
Sementara itu, Kepa Arrizabalaga dan penjaga gol Getafe David Soria telah dipilih sebagai pemain sandaran sekiranya ada kecederaan atau masalah kesihatan yang mengganggu tiga pilihan utama itu menjelang kejohanan terbesar dunia itu.
Keputusan ini dilihat agak memeranjatkan kerana De Gea sudah bermain hampir separuh musim bersama Manchester United tetapi Luis Enrique mungkin mempunyai sebabnya yang tersendiri.
Bekas pemain antarabangsa Sepanyol ini memilih untuk menyenaraikan banyak muka baharu dalam skuad Piala Dunia Sepanyol dengan hanya Alejandro Balde, Jordi Alba dan Jose Gaya antara nama besar yang dikekalkan.