SKUAD Piala Belia Selangor yang muncul juara musim ini diraikan Presiden Selangor FC, Raja Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah Sultan Sharafudin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.
Jurulatih Selangor FC B-19, Firdaus Aziz di Twitter pada Isnin, memuatnaik sekeping foto barisan pengurusan, kejurulatihan dan pemain Selangor bergambar bersama RMS berserta dengan kasyen.
“Daulat Tuanku. Terima kasih dan junjung kasih kepada Tuanku Raja Muda Selangor kerana sudi menjemput The Champions of Piala Belia 2022, @SelangorFC B-19 ke Istana Alam Shah,” tulisnya.
Daulat Tuanku
Thank you & junjung kasih to Tuanku Raja Muda Selangor for inviting The Champions of Piala Belia 2022, @SelangorFC U-19 to Istana Alam Shah.#Alhamdulillah #AllPraiseToAllah#JohanPialaBelia2022#MKLK#TerusBerjuang #JatuhBangunBersama#KitaAdalahSatu pic.twitter.com/wfsixJ8uuq
— FTA (@FirdausTanAziz) October 31, 2022
Skuad Selangor FC bawah (B-19) tahun dinobatkan sebagai juara Piala Belia 2022 selepas menundukkan Sri Pahang FC dengan agregat 2-1 selepas final pusingan kedua di Stadium Majlis Perbandaran Temeroleh (MPT) pada Ogos lepas.
Kemenangan tersebut menyaksikan Selangor berjaya dengan keputusan agregat 2-1 sekaligus menamatkan kemarau tujuh tahun selepas kali terakhir merangkul piala tersebut pada edisi 2015.