PERLAWANAN hoki antara Malaysia menentang Afrika Selatan pada saingan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak terpaksa ditunda berikutan hujan lebat.

Kesatuan Hoki Malaysia (KHM) dalam satu kenyataan berkata, perlawanan terbabit akan dimainkan semula pada Ahad, 6 November jam 5 petang.

Perlawanan yang bermula kira-kira jam 8 malam itu menyaksikan Afrika Selatan mendahului 1-0 jaringan jaringan padang Cameron Le Forestier pada minit ke-11.

Bagaimanapun perlawanan dihentikan pada minit ke-14 krana cuaca buruk dan hujan lebat.

Selepas kira-kira sejam menunggu cuaca untuk kembali pulih, jawatankuasa pertandingan memutuskan menunda perlawanan itu ke hari Ahad pukul 5 petang.

Perlawanan Ahad nanti akan dimulakan dari minit ke-14.

Terdahulu, perlawanan antara Jepun menentang Pakistan berkesudahan 2-2, manakala pertemnuan antara Mesir menentang Korea Selatan jgua terikat tanpa jaringan.