PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah gembira dengan dua jaringannya yang membantu skuadnya menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 di White Hart Lane pada Ahad.

Pemain antarabangsa Mesir itu menjaringkan dua gol menarik untuk memastikan Liverpool membawa pulang tiga mata sekaligus kembali menghidupkan cabaran dalam Liga Perdana Inggeris.

Dua jaringan itu juga menambah rekod jaringan Salah keatas Spurs kepada lapan gol dari 12 penampilan bersama Liverpool dalam semua pertandingan.

“Kami bermain permainan kami dan berjaya menjaringkan dua gol pada babak pertama dan seharusnya menambah jaringan di babak kedua tetapi tidak bernasib baik namun apa yang penting adalah tiga mata.

“Rekod jaringan saya keatas Spurs ini sangat bagus kerana mereka sentiasa menjadi lawan yang sukar. Saya sentiasa fokua pada permainan dan cuba beri kelainan kepada pasukan dan saya berjaya lakukannya,” katanya selepas perlawanan.

Salah juga gembira dengan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Napoli 2-0 dalam Liga Juara-Juara UEFA dan berharap Liverpool dapat meneruskan rentak ini dan mencapai lebih banyak kemenangan selepas ini.

“Kami berjaya bangkit beberapa kali musim ini dan bermain baik ketika menentang Manchester City dan Napoli dan sekarang Spurs. Saya berharap ianya akan memberi kami lebih keyakinan dan meneruskan rentak cemerlang ini untuk memenangi lebih banyak perlawanan.”

Kemenangan ini melonjakkan Liverpool ketangga kelapan liga dengan 19 mata dari 13 kemenangan ketinggalan 15 mata dibelakang pendahulu, Arsenal.