LIM Kok Leong mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama mara menjuarai Kejohanan Snuker Amatur Dunia di Antalya, Turki.

Pemain berusia 27 tahun itu mengatasi pencabar dari Iran, Amir Sarkosh pada perlawanan akhir dengan kemenangan 5-0 (68-63, 67-42, 78-0, 80-7, 73-54).

Lim Kok Leong menewaskan Amir Sarkosh dari Iran 5-0 di final

Pada separuh akhir, dia mengetepikan cabaran pemain Pakistan Babar Masih 5-3, manakala di suku akhir, beliau mengatasi pemain Poland, Antoni Kowalski 4-2.

Pencapaian Kok Leong itu adalah paling tinggi dicapai rakyat Malaysia dalam sukan snuker.

Lagu Negaraku berkumandang meraikan kejayaan Lom Kok Leong

Sebelum ini, tiga pemain snuker negara pernah melangkah ke suku akhir Kejohanan Dunia iaitu Yong Kien Foot (Malta, 1992), Sam Chong (England, 1995) dan Moh Keen Hoo (Syria, 2010).

Kok Leong sangat gembira untuk pergi lebih baik daripada yang terbaik sebelum ini dalam lapan terakhir di Doha, Qatar, pada 2017.

Mohd Anis Hisham (tengah) bangga dengan pencapaian Lim Kok Leong kerana kejayaan itu hadir selepas Kok Leong dan bersama Moh Keen Hoo muncul juara Kejohanan Snuker Berpasukan Dunia di Kuala Lumpur Oktober lalu.

Timbalan Presiden Persekutuan Snuker dan Billiards Malaysia (MSBF) Datuk Mohd Anis Hisham Abdul Aziz berkata, pencapaian Kok Leong itu amat membanggakan MSBF dan juga rakyat Malaysia.

“Kejayaan ini cukup manis terutamanya selepas Kok Leong bersama Mh Keen Hoo muncul juara Kejohanan Snuker Berpasukan Dunia di Kuala Lumpur Oktober lalu,” katanya, sambil mengharapkan lebih banybak kejayaan dicapai pemain snuker dan billiards Malaysia selepas ini.