JURULATIH berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim terus kekal bagi mengemudi pasukan Kuching City FC untuk menghadapi kempen baharu Liga Super 2023.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan ketika dihubungi FLASH SUKAN pada Khamis.

“Kita masih mengekalkan Irfan Bakti, Sulaiman Hussin serta barisan jurulatih dan pegawai lain untuk mengemudi Kuching City bagi menghadapi saingan Liga Super 2023,” ujar Iswandi.

Keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat bersama pihak pengurusan kelab yang diadakan sebelum ini.

Pengendali kelahiran Perak itu berjaya memastikan The Cats berada di kedudukan ketiga kempen Liga Premier 2022.

Selain layak ke pentas Liga Super 2023 sentuhan Irfan Bakti bersama Sulaiman musim ini berjaya membawa kelab dari Sarawak itu mara ke peringkat suku akhir buat pertama kali dalam sejarah kelab dalam kempen Piala Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN : “Dia Arsene Wenger Malaysia” – Irfan Bakti