PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) melancarkan perlindungan platform media sosial baharu bagi melindungi semua pemain Piala Dunia di Qatar daripada membaca posting berunsur kebencian dan diskriminasi daripada netizen.
Sebelum ini ketika aksi akhir Kejuaraan Eropah di Wembley, beberapa pemain England dilaporkan berdepan dengan ‘penderaan’ media sosial selepas tewas kepada Itali.
Namun dengan adanya perkhidmatatn pemantauan ini sekaligus dapat menghalang pemain-pemain daripada membaca mesej-mesej negatif apabila melihat telefon bimbit masing-masing.
Semua pemain daripada 32 pasukan bertanding akan mendapatkan perkhidmatan ini dengan pemantauan daripada Fifa menerusi semua akuan media yang terlibat dengan pertandingan ini.
Mereka akan mengimbas mesej-mesej negatif, diskriminasi dan berunsur ugutan di rangkaian media sosial serta terhadap undang-undang penguatkuasaan yang berkaitan.