SETIAP pemain bola sepak pasti mengimpikan untuk beraksi di Piala Dunia, apatah lagi menjelang saingan Qatar 2022 yang akan berlangsung tiga hati sahaja lagi.

Begitulah yang dirasaikan pemain bola sepak kebangsaan apabila ditanya mengenai peluang Harimau Malaya ke pentas tertinggi itu.

Bagi pemain pertahanan negara Ahmad Khuzaimi Piee, tiada yang mustahil untuk skuad negara tampil di Piala Dunia namun pasukan yang ada perlu bersedia dan kental menghadapi pusingan kelayakan yang sukar.

“Jika sudah rezeki kita tak boleh nak jangka, mungkin empat tahun akan datang Malaysia layak ke Piala Dunia..kita tak tahu perkara itu mungkin boleh berlaku.

“Saya harap pemain yang dipanggil mewakili negara dapat membantu mencipta sesuatu untuk negara kelak,” katanya, ketika ditemui selepas Majlis pelancaran jersi baharu Harimau Malaya pada Khamis.

Kehangatan Piala Dunia Qatar 2022 semakin dirasai, ditambah pula Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan jersi baharu bagi musim 2022-2024.

Jersi baharu Harimau Malaya dilancarkan pada Rabu.

Sementara itu, seorang lagi pemain Harimau Malaya, V Ruventhiran mengandaikan Malaysia semakin hampir untuk beraksi di Piala Dunia, berdasarkan kepada komitmen dipamerkan semua pihak untuk merealiasikan impian itu.

“Tak jauh lagi.. kita percaya dengan jurulatih (Kim Pan-gon) dan barisan pemain. Apa yang penting adalah buatkan penyokong Malaysia berbangga dengan Harimau Malaya,” katanya.