MENJELANG sepak mula saingan Piala Dunia, selain pasukan pilihan, aksi pemain bertaraf bintang pastinya menjadi daya tarikan penyokong dan peminat bola sepak seluruh dunia.

Namun sampai bilakah pemain bintang ini akan terus beraksi di pentas tertinggi dunia itu. Berikut, kami senaraikan 10 pemain yang mungkin membuat penampilan terakhir di Piala Dunia.

LIONEL MESSI, ARGENTINA

Qatar 2022 akan menjadi penampilan kelima buat Messi di saingan Piala Dunia. Penyerang Paris St Germain itu sudah berusia 35 tahun berjaya membantu Argentina memenangi Copa America tahun lalu dan pastinya beliau mahu menambah satu lagi koleksi kemenangan di penghujung kerjaya bola sepaknya.

Qatar 2022 adalah penampilan kelima Lionel Messi di Piala Dunia

CRISTIANO RONALDO, PORTUGAL

Kisah tidak pernah berakhir buat superstar Portugal ini, pasti impiannya untuk memenangi Piala Dunia pertama buat Portugal.

Sebaliknya, kempen Piala Dunianya diselimuti kontroversi apabila dia membidas majikan, Manchester United yang menggantungnya daripada beraksi.

LUKA MODRIC, CROATIA

Modric percaya, pada usia 37 tahun, prestasi tidak mampu bertahan selama-lamanya. Pemenang Bola Emas Piala Dunia 2018 di Russia, anugerah buat pemain terbaik kejohanan, pasti mahu meletakkan negaranya di tahap lebih baik berbanding aksi di Piala Dunia lalu, yang menyaksikan Croatia tewas keapda Perancis di perlawanan akhir.

LUIZ SUAREZ, URUGUAY

Piala Dunia cukup signifikan dengan Luiz Suarez. Aksinya menyelamatkan gola di atas garisan ketika menentang Ghana pada 2010, dua jaringannya ketika menentang England pada 2014 dan gigitan ‘manjanya’ ke atas Leonardo Bonucci, cukup tersohor sebagai ceritera rakyat di Piala Dunia. Berusia 35 tahun, pasti mengharapkannya menjelang perlawanan pertama menentang Korea Selatan.

THIAGO SILVA, BRAZIL

Piala Dunia di Rusia sepatutnya menjadi yang terakhir untuk Thiago Silva. Tetapi, bek tengah Chelsea itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk perlahan malah pada usia 38 tahun, dia kekal sebagai antara pertahanan terbaik di dunia.

Thiago Silva masih menjadi tonggak utama Piala Dunia Brazil. – Reuters

YUTO NAGAMOTO, JEPUN

Pemain berusia 36 tahun ini bakal menjadi pemain Jepun pertama tampil di empat Piala Dunia. Meskipun berusia 36 tahun, dia sendiri mengakui masih berada di tahap kecergasan tinggi. Pengalaman beraksi bersama pemain bersaiz besar di Eropah dan Piala Dunia membuktikan kecergasannya.

MANUEL NEUER, JERMAN

“TAK ada siapa yang tahu, tapi saya jangka ini adalah Piala Dunia terakhir saya,” kata Penjaga Gol Jerman itu awal bulan ini. Walaupun mencecah usia 40 tahun pada edisi tahun ini, dia masih mampu mengatakan tidak semestinya Piala Dunia Qatar menjadi penampian terakhirnya di pentas dunia.

KARIM BENZEMA, PERANCIS

Dalam semua yang telah dicapainya bersama Real Madrid, pemenang Ballon d’Or Karim Benzema masih belum mempunyai kejohanan yang cukup bermakna bersama Perancis. Dia tidak tersenarai dalam skuad pemenang Les Blues pada 2018 dan memandangkan usianya, selain kehadiran pemain berbakat dalam skuad Perancis, ini mungkin peluang terakhirnya untuk memberi impak di Piala Dunia.

Karim Benzema memenangi anugerah Ballon d’Or pertama bulan lalu. 

AYMEN MATHLOUTHI, TUNISIA

Pada usia 38 tahun, penjaga gol veteran Aymen Mathlouthi adalah antara pemain paling berusia di Piala Dunia kali ini. Mathlouthi menjadi kapten Tunisia pada kempen Piala Dunia lalu dan kembali bersama skuad selepas tiga tahun tidak tersenarai.

SERGIO BUSQUETS, SEPANYOL

Sergio Busquets, 34, menunjukkan tanda-tanda dimakan usia tetappi dia masih kekal menjadi pemain tonggak Sepanyol yang dibimbing Luis Enrique.