[EKSKLUSIF]

KHUZAIMI Piee antara pemain yang menyerlah dalam saingan Liga Malaysia musim ini bersama Negeri Sembilan mahu pun skuad kebangsaan.

Mula mencipta nama diperingkat remaja bersama Melaka pada 2009 dan setahun kemudian dengan MP Muar sebelum berjaya menempatkan diri skuad utama Melaka United 2011.

Musim ini dianggap detik paling bermakna buat pemain kelahiran Krubong, Melaka ketika bersama Negeri Sembilan FC dibawah bimbingan K Devan dan Kim Pan- gon selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.

Pemain yang mesra dengan panggilan Jimmy dan dilabelkan Van Djik Malaysia ini secara terbuka memaklumkan kontraknya bersama Negeri Sembilan yang akan tamat hujung bulan ini tidak akan diperbaharui.

Kontrak Khuzaimi (kiri) akan tamat hujung bulan ini bersama Negeri Sembilan FC

Selangor FC kini pasukan yang dikaitkan rapat bakal memiliki pemain pertahanan ini walaupun beberapa kelab lain turut menyatakan Hasrat untuk menandatangi pemain berkenaan.

Beberapa faktor utama yang menyebabkan Merah Kuning menjadi pilihan Jimmy bagi meneruskan kariernya musim depan adalah seperti berikut :-

Tidak memperbaharui kontrak dengan NSFC

“Kontrak saya bersama Negeri Sembilan akan tamat hujung bulan ini, untuk pengetahuan semua, khidmat saya bersama Negeri Sembilan setakat ini sahaja,”

“Saya tidak akan lupakan jasa NSFC dan penyokong serta mengharapkan sokongan berterusan dengan pasukan baharu’.

Tawaran dari pasukan lain

“Sebelum ini ada perbincangan dengan beberapa kelab, tapi belum serius dan hanya akan buat keputusan selepas kontrak saya dengan NSFC tamat.

“Mungkin akan pergi Selangor,”

Inginkan cabaran baharu dan restu keluarga

“Mungkin ingin cuba cabaran baharu untuk karier, begitu juga pandangan ahli keluarga yang memberi restu untuk saya berhijrah kerana ia (restu) adalah keutamaan saya”.