ENGLAND membuka saingan Kumpulan B Piala Dunia dengan penuh bergaya selepas menundukkan Iran, 6-2 di Stadium International Khalifa.

Tiga gol untuk babak pertama membuat pengurus Three Lions Gareth Southgate tersenyum lebar dengan jaringan Jude Bellingham (35’), Bukayo Saka (43’) dan Raheem Sterling.

England yang kini berada di ranking kelima dunia dilihat tidak berdepan bertemu Iran (20) yang turut menyaksikan rekod sulung pertemuan kedua-dua pasukan ini.

Pada aksi separuh masa kedua, anak buah Carlos Queiroz terus buntu untuk memecah benteng pertahanan England.

Manakala England semakin selesa dengan corak permainan sendiri, yang turut menyaksikan Saka menambah rekod gol keduanya di Qatar pada minit ke-62.

Empat minit kemudian ‘ayam tambatan’ Iran, Mehdi Taremi akhirnya berjaya mencuri satu gol cantik menewaskan penjaga England, Jordan Pickford.

Bagaimanapun England memastikan keputusan selesa dengan Marcus Rashford menambah gol kelima buat pasukannya pada minit ke-71.

Jack Grealish melengkapkan gol keenam England minit ke-89.

Iran dihadiahkan sepakan penalti yang disempurkankan mudah oleh Taremi sebelum wisel akhir dibunyikan.

England bakal meneruskan aksi kedua bertemu Amerika Syarikat (USA) 26 November ini.

Kumpulan B: England, USA, Wales, Iran