AMERIKA Syarikat dan Wales terpaksa berpuas hati dengan berkongsi mata dalam perlawanan pertama di Piala Dunia 2022.
Perlawanan Kumpulan B kedua-dua pasukan itu diadakan di Stadium Ahmad bin Ali, awal pagi Selasa tadi.
Amerika Syarikat mendahului menerusi jaringan Timothy Weah pada separuh masa pertama, sebelum Wales menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Gareth Bale pada separuh masa kedua.
Crowd pleasers 👏📸#FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/2m2zTqf92v
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 21, 2022
Dengan keputusan ini, Wales menghuni di tempat kedua dalam kedudukan Kumpulan B dengan satu mata, di atas Amerika Syarikat di tempat ketiga. England menerajui kumpulan dengan tiga mata, manakala Iran berada di kedudukan terbawah.
Pada perlawanan berikutnya, Amerika Syarikat akan menentang England pada Sabtu manakala Wales menghadapi Iran pada Jumaat.
AMERIKA SYARIKAT: Turner, Ream, Zimmerman, Robinson, Dest (Yedlin 74′), Adams, McKennie (Aaronson 66′), Pulisic, Musah (Acosta 75′), Weah (Morris 88′), Sargent (Wright 75′ )
WALES: Hennessey, Davies, Roberts, Rodon, Ampadu, Williams (Johnson 79′), Mepham, Ramsey, Wilson (Thomas 90+3′), Bale, Daniel James (Moore 46′)