LIONEL Messi ternyata terkejut dan kecewa dengan kekalahan 1-2 kepada Arab Saudi pada aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia di Qatar.

Beraksi di Stadium Lusail, Argentina gagal menyekat kemaraan Arab Saudi yang dilihat lebih mendominasi permainan.

Gol tunggal  La Albiceleste dijaringkan Messi menerusi sepakan penati minit ke-10, manakala dua gol Arab Saudi berjaya dilakukan pada sepasuh masa kedua menerusi Saleh Aishehri (48’) dan Salem Aldawsari (53’).

“Tiada alasan (mengapa tewas). Kami akan lebih bersatu selepas ini. Pasukan ini sangat kuat dan kami telah buktikan sebelum ini.

“Kami tidak menjangkakan akan bermula dengan cara ini, tetapi sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya sendiri.

“Sekarang kami perlu menang dan menang, semuanya terpulang kepada kami,” jelas Messi.

Argentina akan meneruskan aksi kedua kumpulan bertemu Mexico Ahad ini.

Kumpulan C: Arab Saudi, Mexico, Poland dan Argentina.