KEMENANGAN Arab Saudi ke atas Argentina dibayar dengan kecederaan menimpa Yasser Al Shahrani.
Yasser Al Shahrani terpaksa diusung keluar padang pada separuh masa selepas bertembung dengan rakan sepasukannya sendiri, Mohammed Khalil Alowais.
Yasser Al Shahrani menerima rawatan perubatan di atas padang, tetapi kecederaannya cukup serius sebelum digantikannya dengan Mohammed Alburayk.
Operasi pembedahan di muka akan dilakukan di Jerman dan Yasser Al Shahranip diterbangkan khas menggunakan pesawat peribadi MBS.
Watch: #Saudi footballer Yasser al-Shahrani assures fans he is recovering well after sustaining a painful injury during the Kingdom’s match against #Argentina at the #WorldCup.https://t.co/gUMX3Uwneb pic.twitter.com/l5N59FEV1y
— Al Arabiya English (@AlArabiya_Eng) November 23, 2022
Bercakap dari katil hospital tempat dia dirawat, pemain bola sepak itu berkata: “Saya ingin memberi jaminan kepada anda bahawa saya baik-baik saja. Doakan saya dan tahniah kepada peminat Saudi kami atas kemenangan itu. Awak layak mendapatnya,” katanya.
Sementara itu, peminat Argentina yang kecewa meninggalkan Stadium Lusail selepas Lionel Messi dan rakan-rakannya diaibkan oleh Arab Saudi.
Manakala, peminat The Falcons kelihatan tidak terlalu meraikan kemenangan pasukan mereka.