KAPTEN England, Harry Kane perlu jalani ujian imbasan pergelangan kaki kanan sebelum aksi Kumpulan B, Piala Dunia menentang Amerika Syarikat Jumaat ini, demikian menurut laporan media British.
Penyerang itu dibentes keras Morteza Pouraliganji pada minit ke-48 pada perlawanan pembukaan England Isnin lalu, menentang Iran yang dimenangi mereka 6-2.
Akibat kecederaan itu, Kane keluarkan dan diganti Callum Wilson pada minit ke-75.
Kane, pernah mengalami masalah pergelangan kaki sebelum ini, dilihan memakai pembalut.
🚨 BREAKING: Harry Kane is set to have a scan on his ankle after suffering a knock against Iran in the 48th minute.
✍️ @David_Ornstein pic.twitter.com/6ApDLdUQE6
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 22, 2022
Dia akan menjalani ujian imbasan untuk melihat sama ada berlaku kerosakan pada bahagian yang cedera atau sebaliknya.
Kane menjaringkan 51 gol dalam 76 penampilan antarabangsa dan hanya memerlukan dua lagi gol untuk menyamai rekod Wayne Rooney buat England.
Pemain berusia 29 tahun ini merupakan pemenang Kasut Emas ketika England mara ke separuh akhir Piala Dunia Russia empat tahun lalu, namun gagal mencatat nama selaku penjaring ketika England menang besar ke atas Iran.