BEKAS pemain antarabangsa England, menjangkakan England mencapai kemenangan selesa ketika berdekan Amerika Syarikan (AS), Sabtu ini.
Memulakan kempen Piala Dunia FIFA 2022 dengan bergaya, membelasah Iran 6-2 dalam perlawanan pembukaan, Isnin lalu.
Selepas itu, pasukan bimbingan Gregg Berhalter hanya mampu seri 1-1 dengan Wales.
Joe Cole dan Roy Keane yakin England akan dapat mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya dengan memenangi perlawanan kedua.
Coel dan Keane kini berkerja sebagai pundit pada siaran langsung perlawanan antara Portugal menentang Ghana, awal pagi tadi, memberi pendapat mereka menjelang pertemuan England dengan AS.
“Perlawanan menentang AS.. saya tak rasa perlawanan sukar untuk England.
“Jika mereka (England) di puncak prestasi, saya rasa tiada masalah,” kata Keane.
Sementara Cole pula, mengakui bakat-bakat yang ada dalam skuad AS, sebelum bersetuju dengan pandangan bekas kapten Manchester United, Keane.
“Memang harapan besar rakyat Amerika terhadap kumpulan pemain ini. Mereka bercakap mengenainya sejak empat tahun lalu.
“Mereka membentuk bakat-bakat ini… Timothy Weah, Christian Pulisic, Weston McKennie. Pemain-pemain ini sememangnya atletik,” kata Cole.
Kemudian Cole cepat-cepat bertukar pandangan.
“Sudah tentu apabila pasukan anda bermain di Piala Dunia, tanggungjawab terletak di bahu mereka.
“Mereka (peminat Amerika Syarikat) menjangkakan pasukan ini akan pergi jauh dalam kejohanan tetapi saya bersetuju dengan Roy. Saya tidak fikir ia adalah perlawanan yang sukar untuk England.
“Saya tidak fikir mereka adalah pasukan yang baik seperti yang negara mereka fikirkan,” kata Cole.
Cole kemudian berhenti seketika, ketawa dan berkata: “Saya harap saya tidak menyesal mengatakan itu.”
England dan AS akan bertemu pada perlawanan kedua, Sabtu ini.