PASUKAN kebangsaan Iran memenangi kemenangan pertama mereka dalam Kumpulan B Piala Dunia 2022 dengan menundukkan Wales dua gol tanpa balas di Stadium Ahmad bin Ali, sebentar tadi.

Iran telah menjaringkan gol pada separuh masa pertama, tetapi dibatalkan kerana ofsaid. Kedudukan 0-0 kekal sehingga separuh masa.

Wales kekurangan 10 pemain pada separuh masa kedua selepas kad merah Hennessey. Iran menjaringkan dua gol dalam masa tambahan menerusi Rouzbeh Cheshmi dan Ramin Rezaeian, sekaligus menamatkan perlawanan dengan kemenangan sensasi 2-0.

Keputusan ini membawa Persian Stars ke tempat kedua Kumpulan B dengan tiga mata. Wales pula jatuh ke tangga tercorot dengan satu mata.

Pemain :

Wales: Wayne Hennessey; Chris Mepham, Joe Rodon, Ben Davies; Connor Roberts, Aaron Ramsey, Ethan Ampadu, Harry Wilson, Neco Williams; Gareth Bale, Kieffer Moore.

Iran: Seyed Hosseini; Milad Mohammadi, Morteza Pouraliganji, Majid Hosseini, Ramin Rezaeian; Ehsan Hajsafi, Saeid Ezatollahi, Ahmad Nourollahi, Ali Gholizadeh; Mehdi Taremi, Sardar Azmoun.