PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) mengambil langkah proaktif dengan menggunakan kanvas bagi menutup permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Inisiatif ini dilakukan bagi memastikan keadaan padang berada dalam keadaan yang baik untuk aksi final Piala Malaysia diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC, jam 9 malam ini susulan hujan pada sebelah petang kira-kira jam 2:50 petang.
Sebelum ini padang SNBJ rosak teruk pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini sekali gus menyebabkan tindakan drastik dilakukan pihak Perbadanan Stadium Malaysia(PSM) untuk memperbaikinya.
Malah, situasi terbabit turut mengundang pelbagai kecaman pelbagai pihak kerana stadium berharga ratusan juta ringgit itu tidak perlu berhadapan masalah terbabit hingga terpaksa menggunakan penyodok untuk membuang air bertakung.